fbpx
Mohamad Faizal (kanan) menziarahi Syafirah di wad HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

Penganjur RXZ Members mohon maaf kepada keluarga remaja melecur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Penganjur RXZ Members memohon maaf kepada keluarga dua beranak yang dilaporkan melecur teruk dalam kemalangan melibatkan peserta program itu pada Jumaat lalu.

Mohamad Faizal Mat Ali berkata, insiden menimpa Syafirah Salim, 36, yang mengandung tujuh bulan dan anak sulungnya, Ahmad Asyraf Talha, 13, amat mendukacitakan.

“Sebagai penganjur RXZ Members, kami memohon maaf atas apa yang terjadi. Alhamdulillah, bapa Ahmad Asyraf (Talha Mahmud) berlapang dada dan tidak menyalahkan sesiapa.

“Mohon pihak lain agar tidak mengeruhkan keadaan sehingga menimbulkan kebencian terhadap RXZ Members,” katanya selepas melawat dua beranak itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini hari ini.

Kosmo! Online pada Jumaat lalu melaporkan dua beranak melecur selepas motosikal jenis Honda Beat yang ditunggang terbakar setelah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kampung Bulu Gading, Kuala Nerus.

Dalam insiden pada pukul 11.50 pagi itu, motosikal mangsa dipercayai dirempuh motosikal Yamaha RXZ ditunggangi peserta RXZ Members 8.0 berusia 25 tahun yang hilang kawalan lalu terbabas.

Sementara itu, Talha memaklumkan, dia berlapang dada menerima ujian tersebut dengan tumpuan kini akan diberikan terhadap kesembuhan isteri dan anak sulungnya.

Katanya, dia turut menerima penjelasan daripada penunggang motosikal Yamaha RXZ terlibat yang juga pemandu lori dari Jengka, Pahang berhubung kejadian berkenaan pada Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN