fbpx
Mahira Khan akui tertekan dan menangis berhati-hari selepas gambarnya sedang merokok tersebar luas. 

Mahira Khan menangis gambar merokok tersebar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Pelakon kelahiran Pakistan, Mahira Khan akui tertekan dan menangis berhati-hari selepas gambarnya sedang merokok tersebar luas. 

Dalam foto yang viral sekitar 2017 itu, Mahira dilihat sedang merokok bersama bintang terkenal, Ranbir Kapoor di sebuah lokasi di New York. 

Mahira dikecam netizen kerana merokok dan berpakaian seksi. Dia juga dituduh menjalin hubungan sulit dengan Ranveer dan menjadi punca aktor itu berpisah dengan Katrina Kaif. 

“Momen itu sangat sukar untuk saya. Saya tak keluar bilik dan menangis setiap hari. Ia memberi kesan kepada kehidupan peribadi serta kerjaya saya,” katanya dalam satu wawancara. 

Nama Mahira mula menjadi perhatian Bollywood selepas dia membintangi filem Raees di samping Shah Rukh Khan. Tidak berjodoh dengan selebriti, Mahira sebaliknya menamatkan zaman janda dengan usahawan dari Pakistan pada 2023. 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN