fbpx
PENUNGGANG motosikal maut di lokasi dalam kejadian kemalangan di Kilometer 112, LPT1 di Temerloh malam tadi.

Penunggang motosikal ke RXZ Members maut dirempuh Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke Program RXZ Members, di Terengganu maut apabila motosikal ditunggangnya terjatuh sebelum mangsa dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kilometer 112, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, kejadian kira-kira pukul 11 malam itu berlaku ketika mangsa, Muhammad Zulhairi Azhar Mohd Shahrizan,19, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 dalam perjalanan dari Klang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa terbabas dan jatuh di lorong kiri jalan serta tercampak ke lorong kanan.

“Kemudian, sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan melanggar mangsa menyebabkan dia tercampak ke tepi jalan di lorong kiri,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kemalangan tersebut penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca dari kecuaian penunggang motosikan yang gagal mengawal kenderaan yang ditunggangnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN