fbpx
SEORANG penduduk Kampung Sawah, Port Dickson disantuni Boon Lye semalam

Aspek kesihatan warga emas jadi agenda Boon Lye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Aspek kesihatan menjadi keutamaan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah, Datuk Yew Boon Lye daripada Pakatan Harapan (PH) sekiranya beliau diberi mandat sekali lagi untuk mewakili kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembulan 1 Ogos ini.

Beliau berkata, masih banyak perancangan yang belum sempat direalisasikan sepanjang penggal lalu, khususnya bagi meme­nuhi keperluan masyarakat yang ­menyaksikan peningkatan jumlah warga emas.

“Masih banyak kerja yang perlu diselesaikan di kawasan ini untuk kepentingan masyarakat.

“Jika diberi peluang, saya akan meneruskan segala peran­cangan yang sudah dirangka, terutamanya berkaitan kesihatan masyarakat,” katanya ketika ditemui pada siri ‘walkabout’ sempena kempen PRN Negeri Sembilan di Kampung Sawah di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang lebih dua tahun lalu, pelbagai bantuan kesihatan telah disalurkan termasuk sumbangan kerusi roda serta bantuan kepada pesakit kronik seperti diabetes dan strok.

Katanya, program penyerahan bantuan kepada warga emas yang diadakan beberapa kali setiap tahun mendapat sambutan menggalakkan, selain memberi impak positif kepada penerima.

“Apabila turun padang dan menyampaikan bantuan, barulah kita nampak masih ramai yang benar-benar memerlukan. Ada yang tersentuh kerana berasakan kerajaan mengambil berat kebajikan mereka tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Boon Lye berkata, antara pe­rancangan baharu yang akan diberi tumpuan ialah penganjuran kem kesihatan dengan kerjasama doktor dan klinik bagi menyediakan pemeriksaan kesihatan serta ceramah kesedaran kepada penduduk.

Beliau berkata, inisiatif itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan di samping memudahkan pengesanan awal penyakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN