fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang dijumpai lemas di Sungai Galas, Kampung Batu 6 dekat Gua Musang hari ini. Foto POLIS

Mayat jurukimpal dijumpai lepas lima hari jatuh Sungai Galas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Selepas lima hari dilaporkan hilang, mayat jurukimpal yang dikhuatiri lemas selepas bot dinaikinya terbalik di Sungai Galas, Kampung Batu 6 di sini akhirnya ditemukan hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, Mohd. Ilham Che Mat Satar, 27, dijumpai kira-kira kira kilometer dari lokasi mangsa terjatuh pada pukul 1 tengah hari tadi.

Katanya, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 1.30 tengah hari, Isnin lalu sebelum pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke lokasi.

“Sepanjang lima hari operasi, pencarian dilakukan di laluan sungai menggunakan pelbagai aset termasuk bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, Unit Anjing Pengesan dan Pasukan Penyelamat Di Air.

“Operasi berdepan pelbagai cabaran termasuk arus sungai yang deras, cuaca tidak menentu dan keadaan bentuk muka bumi yang menyukarkan pencarian mangsa,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut sebelum operasi SAR ditamatkan hari ini.

Kosmo Online! sebelum ini melaporkan, seorang jurukimpal dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di Sungai Galas pada Isnin lalu. Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menjala ikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN