fbpx
Rozita tidak dapat menahan sebak ketika menunjukkan gambar Mohd. Ilham semasa ditemui pemberita di lokasi kejadian di Kampung Batu 6, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

Jurukimpal keluar menjala ikan sebelum bot terbalik di Sungai Galas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang datuk tidak menyangka kehilangan bot miliknya di tebing sungai menjadi petunjuk awal cucunya dikhuatiri lemas ketika keluar menjala ikan di Sungai Galas dekat Kampung Batu 6 di sini semalam.

Ramli Yaacob, 72, berkata, dia tiba di rumah kira-kira pukul 10.30 pagi semalam selepas pulang dari bandar Gua Musang sebelum mendapati motosikal milik cucunya, Mohd. Ilham Che Mat Satar, 27, berada di kawasan pekarangan rumah.

Katanya, dia tidak melihat kelibat cucunya dan terus mencari di sekitar kawasan rumah.

“Saya turun dari kereta dan terus tengok ke arah perahu yang biasanya disangkut di tebing sungai kerana saya hendak menariknya ke tempat lebih selamat. Saya terkejut apabila perahu itu sudah tiada. Saya melihat hanya tinggal Mohd. Ilham di tepi sungai.

“Saya mengesyaki cucu keluar menjala ikan di kawasan kuala sungai yang terletak tidak jauh dari lokasi perahu ditambat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Batu 6 di sini hari ini.

Sementara itu, ibu Mohd. Ilham, Rozita Ramli, 47, berkata, anaknya itu sempat menghantar mesej kepadanya dan mengatakan ingin makan rangka ayam celup tepung yang dimasak olehnya.

Katanya, dia hanya membaca mesej dihantar Mohd. Ilham pagi semalam sebelum dimaklumkan anaknya itu hilang di sungai Galas yang jaraknya lebih 50 meter dari rumah datuknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN