fbpx
JOSUE salah seorang calon yang mampu memikul tugas selaku ketua pasukan Harimau Malaya pada aksi Piala ASEAN kali ini. - FB FAM

Piala ASEAN: Cheng Hoe sudah ada calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGENDALI interim Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan dua tonggak senior, Paulo Josue dan Syafiq Ahmad sebagai calon utama untuk menerima lilitan kapten pada kempen Piala ASEAN 2026 yang akan membuka tirai rasmi esok.

Sebagai rekod, dua kapten skuad kebangsaan di pentas antarabangsa sebelum ini, Matthew Davies dan Dion Cools tidak dipanggil sekali gus menimbulkan persoalan siapakah bakal memimpin pasukan Harimau Malaya nanti.

Menurut Cheng Hoe, beberapa pemain senior sudah dimaklumkan dengan tanggungjawab tersebut tetapi keputusan rasmi siapa yang bakal diberikan lilitan kapten hanya akan dibuat pada hari perlawanan.

“Pasukan yang kita panggil kali ini adalah kombinasi pemain muda dan senior. Ada beberapa pemain senior yang sudah lama berada dalam skuad kebangsaan sebelum ini dan boleh memimpin pasukan nanti.

“Kalau boleh saya katakan kemungkinan besar Paulo atau Syafiq akan menggalas peranan tersebut, tetapi segalanya belum diputuskan,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe mengakui motivasi pasukan selepas seminggu menjalani latihan berpusat sangat tinggi dengan pemain mula mendapatkan intensity yang diharapkan.

“Saya lihat semua pemain memberikan kerjasama yang baik dengan menunjukkan prestasi disiplin dan komited sepanjang sesi latihan,” katanya.

Seramai 25 pemain skuad Harimau Malaya telah tiba di Yangon, Myanmar semalam dengan seorang pemain, Zhafri Yahya disisihkan daripada pasukan atas alasan peribadi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN