fbpx
Gambar hiasan

Rugi RM377,000, pengurus syarikat terperdaya tawaran tender palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Seorang pengurus syarikat pembinaan dan kejuruteraan elektrikal berputih mata apabila syarikatnya kerugian RM377, 000 selepas terperdaya dengan tawaran tender palsu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, kejadian bermula 22 Julai lalu selepas mangsa wanita berusia 49 tahun dihubungi individu yang menawarkan tender pembekalan papan litar elektrik.

“Mangsa diyakinkan bahawa syarikatnya berjaya memperoleh tender berkenaan dan dikehendaki membuat bayaran sebagai syarat.

“Wanita itu yang percaya dengan tawaran tersebut membuat satu transaksi berjumlah RM377,000 daripada akaun bank syarikat ke dalam akaun syarikat lain,” katanya hari ini.

Menurut beliau, selepas pembayaran dibuat, mangsa gagal menghubungi pihak berkenaan sebelum mendapati urusan tender yang dijanjikan sebenarnya tidak wujud.

Katanya, mangsa kemudian menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melalui talian 997 bagi tindakan segera sebelum laporan maklumat pertama dibuat.

Katanya, akibat kejadian tersebut, pengurus terbabit mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM377,000 yang melibatkan wang milik syarikat.

Dalam pada itu beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai, khususnya syarikat dan usahawan, supaya membuat semakan terperinci terhadap mana-mana tawaran tender sebelum membuat sebarang pembayaran.

“Jangan mudah mempercayai tawaran yang diterima melalui panggilan telefon, aplikasi pesanan atau media sosial tanpa pengesahan daripada agensi atau syarikat yang sah.

“Selain itu, orang ramai disaran membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon melalui platform Semak Mule sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN