fbpx
TENTERA dan polis Nigeria berkawal di pintu masuk di sebuah kolej di Mando, negeri Kaduna, selepas sebuah geng penculik menyerbu sekolah berkenaan dan melepaskan tembakan secara rambang sebelum melarikan sekurang-kurangnya 30 pelajar pada 11 Mac 2021. - AFP

40 penduduk diculik geng bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Kumpulan ‘penyamun’ bersenjata dilaporkan telah menculik lebih daripada 40 orang di barat laut Nigeria pada hujung minggu lalu.

Penculikan telah menjadi strategi utama untuk menjana wang bagi kumpulan bersenjata di Nigeria, termasuk kumpulan pengganas di timur laut serta geng tanpa ideologi yang dikenali sebagai penyamun yang menguasai kawasan barat laut.

Menurut penduduk daerah Mayanchi di kawasan Maru, negeri Zamfara, Alhaji Lauwali Abdullahi, kumpulan penjenayah berkenaan telah menyerang 11 buah kampung dari Jumaat hingga Ahad lalu. 

Dia mendakwa serangan tersebut didalangi oleh seorang ketua penyamun dikenali sebagai Kachalla Sa’idu.

“Semasa saya bercakap ini, lebih 40 penduduk tempatan kami berada di dalam kurungan Kachalla,” katanya merujuk kepada serbuan di komuniti Tashar Mayanchi, Gwargawo, Jidda, dan Garagi.

Pengerusi Kerajaan Tempatan Maru, Bello Jabaka, mengesahkan insiden penculikan tersebut kepada agensi berita AFP dan memaklumkan pihaknya sedang berusaha memohon penambahan kawalan keselamatan di kawasan terjejas.

Bagaimanapun, jurucakap polis negeri Zamfara masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian itu.

Kumpulan penyamun bersenjata dilaporkan bebas beroperasi di kawasan luar bandar barat laut dan tengah Nigeria berikutan kawalan keselamatan yang lemah. 

Selain menculik, mereka turut mengenakan ‘cukai’ secara haram ke atas petani, merompak haiwan ternakan, serta terlibat dalam aktiviti perlombongan haram.

Skala keanggotaan geng ini disifatkan sangat besar. 

Berdasarkan data firma perunding SBM Intelligence yang berpangkalan di Lagos, aktiviti penculikan di Nigeria menghasilkan bayaran tebusan dianggarkan berjumlah AS$1.66 juta  (RM6.8 juta) bagi tempoh Julai 2024 hingga Jun 2025.

Malah, pada Mei lalu, insiden penculikan beramai-ramai melibatkan lebih 40 pelajar dan guru di negeri Oyo, kawasan yang sebelum ini disifatkan selamat, turut menggemparkan negara berkenaan sebelum kesemua mangsa berjaya diselamatkan pihak berkuasa dalam satu operasi khas baru-baru ini. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN