fbpx
Mahkamah Ampang. Gambar Hiasan

Koperal nafi ‘sentuh’ anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG – Seorang anggota polis berpangkat Koperal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya Mei lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang telah digantung tugas berusia 35 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa sebagai bapa kandung telah melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya yang berusia 11 tahun 10 bulan (umur ketika kejadian) bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di daerah Hulu Selangor masing-masing pada 21 dan 22 Mei lalu mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 14 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Hukuman bagi seksyen-seksyen itu memperuntukkan pemenjaraan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala
bagi Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak lebih lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan mangsa dalam kes adalah anak kandungnya selain dikhuatiri tertuduh akan menganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.

Bagaimanapun peguam Muhammad Azim Hilmi Aziz yang mewakili tertuduh memohon mahkamah memberikan ikat jamin memandangkan tertuduh tidak lagi tinggal dengan mangsa serta turut memaklumkan tertuduh kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

“Justeru saya pihak pembelaan memohon mahkamah memberi jaminan bagi menjamin kehadiran teetuduh selain mengambil kira faktor kesihatan tertuduh yang masih menerima rawatan psikiatri,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Norshila tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 26 Ogos ini bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN