fbpx
SUHAIMI (tengah) dituduh memiliki senjata api dan peluru secara haram di Mahkamah Majistret Kangar, hari ini.

Bekas tentera tidak mengaku miliki senjata api, peluru secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang bekas tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan memiliki pelbagai jenis senjata api dan ratusan butir peluru secara haram pada 5 Julai lalu.

Tertuduh, Suhaimi Che Din, 49, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd. Nor.

Mengikut pertuduhan pertama, Suhaimi didakwa memiliki sepucuk senapang jenis CZ 457 Premium .22R serta satu kelopak peluru mengandungi dua butir peluru berkaliber sama.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki empat laras senapang angin jenis Umarex Gauntlet 2 berkaliber .22 atau 5.6 milimeter (mm), Model X-1 berkaliber .22, Greyhound T-Rex Bullpup berkaliber .22 serta Sharp Tiger berkaliber .77 atau 4.5mm.

Dalam pertuduhan ketiga, dia didakwa memiliki 21 butir peluru jenis 12 bore buckshot berkaliber 12 dan 300 butir peluru .22 Rimfire Long Rifle.

Bagi pertuduhan keempat, dia didakwa memiliki sepucuk senapang angin jenis Greyhound AP900 berkaliber .177 atau 4.5mm, sepucuk senapang angin buatan sendiri berkaliber .22 atau 5.6mm serta dua laras lagi senapang angin buatan sendiri termasuk satu daripadanya mempunyai tulisan Spark.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Alia Suzila Chek Pi, manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan. Empat pertuduhan awal yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen dibacakan di Mahkamah Majistret berikutan Hakim Mahkamah Sesyen bercuti.

Mahkamah menetapkan 20 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia, manakala empat pertuduhan di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen akan dipindahkan semula ke mahkamah berkenaan untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN