fbpx
Mohd. Yusoff (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawai polis pada Perhimpunan Bulanan Peringkat IPK Kelantan di Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Ketua balai polis terima rasuah RM500 ditahan kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang ketua balai polis berpangkat sarjan mejar yang ditahan selepas dipercayai menerima rasuah RM500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing telah ditahan kerja.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, tindakan itu dibuat bagi membolehkan siasatan ke atas anggota tersebut dijalankan secara menyeluruh oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

Katanya, tindakan itu dilakukan secara bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Proses itu merupakan sebahagian daripada prosedur siasatan yang dijalankan pihak polis.

“Tindakan lanjut akan diputuskan selepas siasatan selesai,” katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan, seorang ketua balai polis berpangkat sarjan mejar direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah RM500 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing.

Perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap anggota keselamatan berusia 41 tahun itu dibenarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid semalam.

Difahamkan, suspek dipercayai menerima wang itu daripada warga asing yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN