fbpx
AINA Abdul keliru memikirkan bentuk sokongan peminat terhadap karya. Kalau tiada lagu asyik bertanya, sudah ada lagu baharu, sepi pula penerimaan. Mahu apa lagi...

Peminat nak apa lagi, Aina Abdul keliru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELANCARAN single baharu Aina Abdul berjudul Sadis mengundang pujian ramai. Peminat menyifatkan lagu tersebut sarat emosi, liriknya puitis dan vokalnya terus berada dalam kelas tersendiri.

Namun di sebalik pujian itu, timbul pula persoalan mengapa setiap kali pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) itu tampil dengan karya baharu, jumlah tontonan dan sokongan dalam platform digital dilihat tidak setanding kualiti dipersembahkan.

Persoalan tersebut turut dipersetujui Aina sendiri apabila meluahkan rasa kecewa secara berseloroh dalam media sosial.

“Bila tiada buah tangan, orang tanya Aina berehat ke, tiada lagu baharu ke? Bila ada lagu baharu, orang tanya pula kenapa tiada video muzik.

“Sekarang video muzik pun sudah ada, tetapi sokongannya pula tidak seberapa. Jadi, apa lagi Aina perlu buat, sayang-sayangku?” tulisnya.

Diva memahami isi hati penyanyi itu. Menghasilkan sebuah lagu bukan murah, apatah lagi membikin video muzik berkualiti memerlukan modal besar.

Sudahlah bertungkus-lumus berkarya, akhirnya sambutan pula sekadar suam-suam kuku.

Pun begitu, Diva percaya penyanyi sehebat Aina tidak akan tenggelam hanya kerana angka tontonan.

Dalam dunia seni, karya berkualiti sentiasa mempunyai nilai dan akan terus hidup walaupun mengambil masa untuk dihargai.

DIVA: Sekarang ramai sangat suka berkongsi nasihat agama dalam media sosial, tetapi akhirnya diri sendiri melakukan perkara ditegah. Moga kita semua dijauhkan daripada sifat hipokrit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN