PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak hingga pukul 5 petang.
Menurut MetMalaysia, hujan lebat dijangka melanda Perak (Kampar, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin), Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) dan Melaka (Alor Gajah dan Jasin).
“Bagi negeri Sabah pula keadaan cuaca buruk dijangka melanda kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” jelasnya.
Turut terlibat ialah beberapa kawasan di Sarawak iaitu Betong (Saratok), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Miri) dan Limbang (Lawas). – KOSMO! ONLINE














