fbpx
DOKTOR membawa beg cecair dan ubat untuk pesakit di Pusat Rawatan Ebola Rwampara di Bunia, timur DRC pada 13 Julai lalu. – AFP

Wabak Ebola semakin mengancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KINSHASA – Lebih 2,000 kes demam berdarah Ebola, termasuk 754 kematian direkodkan di Republik Demokratik Congo(DRC) di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran wabak kali ini dipercayai dua hingga empat kali lebih besar daripada angka rasmi yang disiarkan.

Jangkitan Ebola telah merebak ke lima wilayah di negara Afrika Tengah itu, demikian menurut angka terkini pihak berkuasa kesihatan DRC semalam.

Sehingga kini, tiada vaksin atau rawatan khusus untuk varian Ebola Bundibugyo yang menjadi punca wabak, namun ujian klinikal pertama ubat antiviral Bundibugyo bermula kelmarin, kata WHO.

Pertubuhan perubatan amal, Doktor Tanpa Sempadan(MSF) turut memberi amaran semalam bahawa wabak itu merebak pada kadar yang belum pernah berlaku  sebelum ini.

“Dalam tempoh kurang lima minggu, bilangan kes disahkan meningkat tiga kali ganda, manakala angka korban pula melonjak lebih lima kali ganda,” kata MSF.

Menurutnya, wabak itu telah melepasi separuh daripada bilangan kes yang direkodkan semasa epidemik  Ebola 2018-2020 di DRC, berlarutan hampir dua tahun.

Ketua kecemasan WHO, Chikwe Ihekweazu berkata kelmarin bahawa 80 peratus kes baharu tidak berada dalam senarai kontak yang diketahui dan berpunca daripada ‘rantaian penularan  tidak diketahui’. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN