fbpx
Anwar ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Midport, Pelabuhan Kontena Pintar Berkuasa AI Pertama Malaysia di Pasir Panjang, Port Dickson, hari ini.

Anwar nasihat DAP Melaka tangguh hasrat tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan DAP Melaka untuk menangguhkan dulu hasrat keluar daripada kerajaan negeri, sebaliknya terus fokus kepada kerja di negeri berkenaan.

Anwar berkata, perkara itu telah dibincangkan bersama Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Itu tadi saya bincang dengan Anthony Loke dan Ketua Menteri (Ab Rauf)… kalau boleh runding dulu supaya tangguh sekejap, supaya kita boleh buat kerja dengan soal (berkaitan) negeri sehingga pilihan raya.

“Kalau sebaiknya lah, walaupun ada dua, tiga perkara kita tak setuju, tak apa, sekarang ni kita banyak benda kita tak setuju sama-sama…takpa tapi dari segi dasar untuk petumbuhan ekonomi dan rakyat kita teruskan…jadi saya harap dia pertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Midport, Pelabuhan Kontena Pintar Berkuasa AI Pertama Malaysia di Pasir Panjang, di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN