fbpx
Penguat kuasa KPDN memeriksa tong gas LPG yang ditemui di premis tersebut di Batu Kurau dekat Taiping semalam.

Premis simpan 1.1 tan LPG diambil tindakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Sebuah premis runcit yang menyimpan 1,120 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) di Batu Kurau dekat sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak pada pukul 10 pagi semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan dilakukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping ke atas premis itu mendapati ia memiliki barang kawalan iaitu LPG 14kg dalam simpanannya.

“Satu notis di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat pemilikan barang kawalan yang berada di premis tersebut.

“Hasil maklum balas notis tersebut mendapati premis ini mempunyai lesen berniaga runcit CSA barang kawalan dan memiliki bekalan semasa gas petroleum cecair LPG sebanyak 1,120kg,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, semakan lanjut mendapati jumlah tersebut telah melebihi dari had kuantiti yang dibenarkan didalam lesen berniaga runcit CSA barang kawalan premis tersebut.

Sehubungan itu, beliau berkata, satu tindakan kes telah diambil dengan menyita sebanyak 80 unit tong gas petroleum cecair LPG 14kg dan dokumen-dokumen berkaitan dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM8,528.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN