fbpx
Gambar Janaan AI.

‘Mana tahu tip ini boleh buat mereka gembira’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni seorang ibu yang tidak pernah terlepas memberikan tip kepada penghantar makanan (rider) setiap kali membuat pesanan mendapat pujian pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads oleh Makdakrizqy yang menceritakan tindakan ibunya itu didorong oleh pengalaman anaknya sendiri yang pernah bekerja sebagai penghantar makanan.

“Mak aku cakap sebab adik aku dulu pernah jadi rider hantar makanan. Bila ada pelanggan bagi tip RM10, adik aku gembira sangat walaupun hantar makanan waktu hujan lebat dan baju pun basah kuyup.

“Aku tak bolehlah mak aku ni. Sampai sekarang aku pun terkesan sama dengan cerita dia,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna menyifatkan tindakan ibunya sebagai kebaikan kecil yang sangat bermakna buat golongan penghantar makanan.

“Bagi lah tip walaupun sikit. Kita tak tahu sehari mereka dapat berapa, boleh jadi sehari tak sampai RM50 pun,” ujar Hnn_izati.

“Saya hari-hari pesan makanan, memang bagi tip. Kalau hujan pun saya mesej rider suruh jangan laju-laju bawa motor. Tunggu hujan berhenti dulu,” kata Kimchi_jacy.

Menurut seorang pengguna, Momy_mira, turut berkongsi kisah serupa mengenai amalan bersedekah yang pernah terjadi kepada bapanya.

“Dulu ayah aku kerja angkat sampah dekat Melaka Raya. Bila ayah angkat sampah dekat kedai-kedai mesti ada orang sedekah. Bila ayah balik, dia belanja kita orang adik-beradik makan.

“Sekarang ayah pula selalu bagi tip dekat orang yang angkat sampah dekat rumah dia. Dia selalu pesan, RM10 tu pun boleh gembirakan hati mereka,” kongsinya. – KOSMO! ONLINE

 

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN