fbpx
Logo TMT 2027 yang diperkenalkan pada Khamis lalu.

Logo rasmi Tahun Melawat Terengganu 2027 kekal biarpun dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Biarpun dikecam ramai terutama dalam kalangan netizen di media sosial, kerajaan negeri Terengganu memutuskan untuk tetap mengekalkan logo rasmi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2027.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, tiada unsur meniru atau mengitar semula logo TMT 2007 seperti didakwa kerana kerajaan negeri sememangnya mahu mengangkat semula elemen lama tersebut yang sudah sinonim dengan negeri ini.

Beliau mempertahankan logo baharu tersebut merupakan penambahbaikan terhadap logo 2007 menerusi pengekalan elemen utama iaitu penyu yang mempunyai nilai ikonik.

“Logo itu tidak akan diubah, memang kita akan kekalkan ia cuma mungkin daripada segi teknikal dilakukan sedikit penambahbaikan seperti warna atau tulisan pada logo berkenaan.

“Sebenarnya saya mahu naikkan semula logo tersebut kerana sebelun ini ia membuatkan Terengganu dikenali ramai,” katanya selepas merasmikan penutup Festival Terengganu Klasik 2.0 2026 (FTK 2026) di sini hari ini.

Terdahulu, logo rasmi TMT 2027 yang diumumkan pada Khamis lalu mengundang reaksi negatif netizen dan pereka grafik profesional ekoran reka bentuknya yang kurang menarik dan tiada kelainan.

Razali berkata, logo berlatar belakang imej penyu yang cukup sinonim dengan identiti Terengganu tersebut telah di tambah nilai agar lebih sesuai dengan situasi semasa.

Beliau berkata, imej penyu pada logo terkini telah dibentuk semula dan diwarnakan dan nampak seperti lebih bergerak ke hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN