fbpx
ANGGOTA bomba membawa turun mangsa yang cedera selepas tergelincir dan terjatuh dari air terjun di kawasan rekreasi Air Terjun Buntong hari ini.

Lelaki cedera terjatuh 30 meter di Air Terjun Buntong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari air terjun di kawasan rekreasi Air Terjun Buntong dekat Menglembu, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 38 tahun dilaporkan tergelincir sebelum terjatuh di atas batu dari ketinggian dianggarkan 30 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 11.15 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) telah berada di kawasan berkenaan dan memaklumkan terdapat seorang lelaki cedera akibat terjatuh dari air terjun.

“Anggota bersama dua kakitangan KKM kemudian menuju ke lokasi mangsa sebelum mendapati lelaki itu mengalami kecederaan selepas tergelincir ketika mandi-manda dan terjatuh di atas batu dari ketinggian kira-kira 30 meter,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang masih sedar itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan luka di badan sebelum diberikan rawatan awal oleh pasukan KKM.

Katanya, mangsa dibawa keluar menggunakan pengusung melalui laluan keluar kawasan air terjun sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN