fbpx
Keadaan banjir besar di Kabupaten Flores Timur, NTT (ANTARA FOTO/HUMAS BNPB)

63 maut dalam banjir besar dan tanah runtuh di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seramai 63 orang maut dalam bencana banjir besar dan tanah runtuh di dalam kejadian banjir besar dan tanah runtuh di Desa Nelelamadike, Kabupaten Ileboleng, East Flores, Nusa Tenggara Timur (NTT), awal pagi tadi.

Insiden itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat berserta angin kencang yang tidak berhenti sejak semalam, lapor Kompas TV.

Sehingga kini, proses pemindahan mangsa-mangsa yang terlibat masih dijalankan oleh pasukan penyelamat namun terbatas akibat kekurangan alatan sesuai.

Wakil Ketua Daerah East Flores, Agustinus Boli berkata jumlah mangsa yang disahkan maut adalah 63 orang.

“Sebanyak 23 mayat berjaya dipindahkan tetapi baki selebihnya masih tertimbus dalam tanah dan menunggu untuk dikeluarkan,” kata Agustinus kepada Kompas TV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN