fbpx
Keadaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Persiaran Bangi Avenue, semalam.

Tiga pelajar cedera kemalangan motosikal, kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seramai tiga pelajar cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah motosikal dan sebuah kereta di Persiaran Bangi Avenue, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan pada pukul 12.50 tengah hari itu melibatkan motosikal Honda EX5, Yamaha FZ150 dan kereta Perodua Myvi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang pelajar lelaki berusia 16 tahun melanggar belakang Perodua Myvi.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terjatuh ke atas jalan. Pada masa sama, motosikal Yamaha FZ150 ditunggang pelajar berusia 17 tahun yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Naazron berkata, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pembonceng Yamaha FZ150 hanya cedera ringan, manakala pemandu serta dua penumpang Perodua Myvi tidak cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Nur Faezah Mohd. Zakria di talian 012-3268496 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN