PETALING JAYA – Agensi hartanah terkemuka,The Roof Realty, terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri apabila dianugerahkan dua gelaran berprestij daripada The Asia Records baru-baru ini.
Pengiktirafan bertaraf serantau itu diberikan susulan prestasi luar biasa yang dipamerkan syarikat sepanjang tahun 2025.
Anugerah tersebut adalah Ejen Berpendapatan Sejuta Berprestasi Tertinggi 2025 (Top Performing Million-Earner Agents in 2025) dan Jumlah & Nilai Transaksi Kasar Jualan (GSV) Tertinggi 2025 (Highest Transaction Volume & Value (GSV) in 2025).
Pencapaian bersejarah ini mencerminkan komitmen jitu The Roof Realty terhadap kecemerlangan, pemacuan inovasi dan serta kepimpinan dinamik dalam sektor hartanah di Malaysia.
Pengasas dan Pengarah Urusan The Roof Realty, Datuk Dr. Nicholas Yap berkata, pengiktirafan tersebut adalah hasil usaha keras dan integriti seluruh warga kerja agensi berkenaan.
“Kejayaan merekodkan lebih 53,000 transaksi dengan nilai jualan hampir RM20 bilion dan melahirkan 13 ejen berpendapatan jutaan ringgit pada tahun 2025 adalah satu penanda aras yang membuktikan kekuatan tenaga kerja serta kejelasan visi bersama kami.
“Anugerah daripada The Asia Records ini akan terus menyuntik inspirasi kepada kami untuk menetapkan standard baharu dalam industri, selain memberi pulangan nilai yang lebih bermakna kepada pelanggan, rakan kongsi, dan komuniti,” katanya dalam kenyataan.

Ditubuhkan pada tahun 2009, The Roof Realty kini berkembang sebagai antara agensi hartanah terbesar dan paling pesat membangun di pasaran tempatan, dengan rangkaian ribuan perunding hartanah profesional di seluruh negara.
Tambah beliau, melalui pelaburan berterusan dalam program latihan komprehensif dan transformasi digital, agensi ini berjaya membina reputasi kukuh dalam memacu pulangan tinggi serta melahirkan barisan pakar hartanah yang disegani.
“Lonjakan prestasi perniagaan syarikat pada 2025 menyaksikan The Roof Realty berjaya merekodkan sebanyak 53,626 transaksi hartanah.
“Jumlah tersebut sekali gus menjana Nilai Jualan Kasar (GSV) mencecah RM19,783,912,659 (RM19.7 bilion).
“Pada tahun yang sama, agensi ini turut melahirkan 13 ejen hartanah berpendapatan sejuta yang mana ia membuktikan keberkesanan sistem latihan syarikat dalam melahirkan tenaga kerja berprestasi tinggi,” katanya.
Yap menerangkan The Roof Realty adalah contoh terbaik dalam pengurusan industri.
“The Roof Realty telah memamerkan tahap pengurusan dan kepimpinan yang sangat luar biasa dalam kalangan agensi hartanah di rantau ini.
“Impak mereka bukan sekadar diukur melalui nilai jualan RM19.7 bilion yang dicapai pada tahun 2025, tetapi apa yang lebih mengagumkan adalah jumlah ejen yang berjaya membina kerjaya yang memberi inspirasi bersama mereka,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE














