fbpx
Gambar hiasan.

Upah RM3, lelaki ‘sentuh’ budak perempuan dijel 10 tahun, 2 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan seksual termasuk rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan tahun lalu.

Hakim Mohd. Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun, selepas lelaki itu menukar kepada pengakuan bersalah pada hari pertama perbicaraannya, hari ini.

Bagi pertuduhan pertama tertuduh dipenjara 10 tahun dan satu sebatan, manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh dipenjara empat tahun dan satu sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 5 September tahun lalu.

Selain itu tertuduh turut diarah menjalani kaunseling selama dua tahun ketika dalam pemenjaraan serta pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa telah merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun (umur sewaktu kejadian) di sebuah rumah di Cheras di sini pukul 10.30 pagi pada 4 September 2025.

Bagi pertuduhan merogol tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah Seksyen 37 ( 2)(e) kanun sama yang memperuntukkan pemenjaraan tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebatan.

Sementara untuk pertuduhan amang seksual tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan pemenjaraan tidak lebih 20 tahun dan hukuman sebat.

Terdahulu peguam Dr. Mohamad Ismail Yunus yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman pemenjaraan minimum dengan mengambil kira kesalahan pertama selain tidak pernah mempunyai rekod kesalahan lampau.

Peguam itu turut memohon tertuduh dikecualikan daripada hukuman sebat atas faktor kesihatan iaitu kencing manis.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias memohon mahkmah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira umur mangsa yang masih kanak-kanak iaitu berusia lapan tahun dan trauma yang dialami.

“Dalam kes ini tertuduh dan mangsa tidak mengenali. Akibat kejadian ini meninggalkan trauma kekal terhadap mangsa,” kata Noor Shakira.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian selepas mangsa membeli pisang goreng berhampiran rumah pada hari kejadian, mangsa telah memasuki lif yang turut disertai oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki berkenaan telah menarik tangan mangsa dan membawanya masuk ke rumah, lalu merogol mangsa.

Tertuduh kemudian menghantar mangsa ke lif dan menyuruh kanak-kanak itu pulang ke rumah selain memberi amaran tidak menceritakan perkara tersebut kepada sesiapa termasuk menghulurkan RM3 kepada mangsa.

Semasa mangsa menunggu bas untuk ke sekolah mangsa telah memberitahu rakannya mengenai kejadian itu.

Rakan mangsa memberitahu ibunya dan wanita berkenaan bertindak segera dengan memaklumkan kejadian tersebut kepada ibu mangsa.

Wanita berkenaan terus mengambil mangsa dari sekolah dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan pada kemaluan mangsa dan tertuduh ditangkap, sehari selepas kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN