fbpx
Gambar hiasan.

Ribut, hujan lebat seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan (Jeli, Bachok dan Pasir Puteh).

Keadaan sama turut berlaku di Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) dan Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol) dan Johor (Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan).

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN