fbpx
Ucapan takziah yang dimuat naik di laman Facebook MSN Selangor.

Maut rebah ketika bermain boling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah ketika bermain boling di sebuah pusat sukan berkenaan, di daerah ini semalam.

Mangsa berusia 36 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang pada pukul 10.12 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Azaharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan daripada adik lelaki itu pukul 12.15 tengah malam tadi dengan memaklumkan mangsa dilaporkan tiba-tiba pengsan ketika bermain sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah,” katanya hari ini.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada serangan jantung mengejut dan kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.

Terdahulu, Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor menerusi Facebooknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Iz’aan Haris Sarengat yang juga peserta Kejohanan Tenpin Boling Belia 2026 anjuran Penggerak Belia Selangor Sabak Bernam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN