Program yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 1 tengah hari itu merupakan hasil kerjasama antara Allianz Malaysia bersama rakan penaja TCE Tackle dan EXP Fishing, dengan matlamat memperkenalkan dunia memancing kepada generasi muda melalui pendekatan menyeronokkan dan mesra keluarga. Selain menjadi platform untuk memupuk minat kanak-kanak terhadap aktiviti rekreasi luar rumah, program ini turut menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti bersama anak-anak serta memperkukuhkan hubungan kekeluargaan melalui pengalaman memancing. Kehadiran ahli keluarga bukan sahaja memberikan sokongan moral kepada kanak-kanak,……














