PETALING JAYA – Ramai rakyat Malaysia sanggup menutup mata dan melupakan risiko yang menanti semata-mata mahu mengejar gaji lumayan mencecah RM10,000 sebulan dengan hanya bekerja sebagai scammer di negara jiran. Tiga negara yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia terutama golongan muda ialah Myanmar, Kemboja dan Thailand dengan kebanyakkan mereka mengakui terjebak selepas melihat kesenangan yang diraih rakan-rakan. Perkara itu didedahkan menerusi perkongsian tiga bekas scammer kepada Kosmo! yang menceritakan pengalaman mereka bekerja di pusat-pusat operasi scam di negara-negara berkenaan. Ketiga-tiga individu…














