fbpx
Tertuduh dibawa anggota polis bagi pendakwaan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam. - Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

Jurujual mengaku tetak penunggang motosikal hingga parah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang jurujual yang tular menetak penunggang motosikal sehingga parah di Lebuh Raya Persekutuan minggu lalu mengaku salah atas perbuatan itu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh, Azmi Jantan, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Datin Fatimah Zahari.

Namun, mahkamah menetapkan 8 Julai ini untuk meneliti fakta kes dan menjatuhkan hukuman.

Azmi didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah terhadap Mohd. Fairus Jaafar, 45, dengan menetak menggunakan pisau pemotong daging yang boleh menyebabkan kematian di Kilometer 14.6, laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan, Seksyen 13 pada pukul 8.19 pagi, 11 Jun lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan sehingga kes selesai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN