fbpx
Abd Halim (kiri) ketika melawat ke Pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, semalam.

Jangan dedah identiti suspek, elak laporan spekulasi – KP SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Media diingatkan agar tidak mendedahkan identiti pihak ketiga khususnya individu yang terlibat dalam kes mahkamah selagi mereka belum dibuktikan bersalah di mahkamah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, media juga perlu bertanggungjawab dalam setiap laporan yang disiarkan dengan mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber yang tepat bagi memastikan ketepatan berita.

Menurutnya, langkah itu penting bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif serta menghindari penyiaran berita bersifat provokasi atau spekulatif.

“Media juga perlu mengelakkan daripada menyiarkan rupa paras suspek kerana mereka masih berstatus suspek dan belum lagi dituduh di mahkamah,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pejabat SPRM Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu, semalam.

Menurut Abd Halim, setiap berita yang disiarkan perlu dipastikan kesahihan dan ketulenannya agar tidak menjadi bahan spekulasi atau andaian pihak tertentu.

“Pastikan setiap laporan itu benar, sahih dan tidak menimbulkan kekeliruan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada pihak media atas kerjasama dan liputan yang diberikan dalam menyampaikan laporan berkaitan SPRM.

Kerjasama tersebut, katanya, selaras dengan usaha SPRM membanteras gejala rasuah di negara ini ke arah mencapai matlamat sifar rasuah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN