JEMPOL – Minat mendalam terhadap seni hiasan laman membuka pintu rezeki buat seorang suri rumah apabila hasil kraf tangan simen yang diusahakannya mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan seluruh negara. Zainab Mat Jusoh, 58, yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan berkata, dia mula menghasilkan pelbagai hiasan landskap seperti bangau, itik, pasu berbentuk manggis dan tapak laluan pejalan kaki selepas berhenti menjahit lebih dua tahun lalu. Menurutnya, pada peringkat awal dia hanya membuat hiasan itu untuk kegunaan sendiri bagi mencantikkan kawasan rumah.…














