fbpx
CALAFIORI dilapor menjadi buruan Real yang bakal dibimbing oleh Mourinho selepas ini. - AFP

La Liga: Pilihan Mourinho resahkan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MADRID – Pengendali baharu Real Madrid, Jose Mourinho dilaporkan sudah mengenal pasti pertahanan Arsenal, Riccardo Calafiori sebagai antara sasaran utama untuk memperkukuhkan benteng pasukan menjelang musim baharu.

Mourinho yang akan kembali ke Santiago Bernabeu selepas kemenangan Florentino Perez dalam pemilihan presiden kelab dikatakan mahu melakukan rombakan besar terhadap skuad Los Blancos sebaik memulakan tugas secara rasmi.

Selain mahu menambah kekuatan di bahagian serangan dan tengah, bekas pengendali Chelsea serta Manchester United itu turut memberi perhatian khusus kepada posisi pertahanan yang dianggap memerlukan lebih banyak pilihan berkualiti.

Menurut laporan di Sepanyol, Mourinho telah memberi lampu hijau kepada pihak pengurusan untuk cuba mendapatkan Calafiori atau pertahanan Manchester City, Josko Gvardiol kerana kedua-duanya mampu beraksi sebagai pertahanan tengah dan bek kiri.

Bagaimanapun, Calafiori dilihat sebagai pilihan lebih realistik buat Real memandangkan harganya lebih rendah berbanding Gvardiol selain dianggap sesuai dengan perancangan jangka panjang kelab.

Pemain antarabangsa Itali berusia 24 tahun itu menikmati musim cemerlang bersama Arsenal apabila membantu pasukan kendalian Mikel Arteta menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan mara ke final Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, Arsenal difahamkan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melepaskan Calafiori kerana pemain itu masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun dan kekal sebagai tonggak penting pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN