fbpx
GAMBAR HIASAN

Rohingya: Bertindak sebelum jadi tuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Ketika ini isu pelarian Rohingya hangat dibincangkan sama ada di media cetak dan elektronik atau media sosial.

Ini berikutan terdapat tuntutan yang mendesak Malaysia supaya memberikan penempatan tetap kepada etnik dari wilayah Rakhine, Myanmar tersebut.

Selama berpuluh tahun lamanya, Malaysia menjadi negara tumpuan bagi pelarian Rohingya.

Mereka sanggup bergadai nyawa dengan berhimpit menaiki kapal yang uzur dan meredah ombak untuk datang ke Malaysia yang dianggap sebagai ‘syurga’.

Saban tahun, pasti terdapat insiden bot membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk Myanmar yang karam ketika dalam perjalanan ke Malaysia, namun mereka tidak serik.

Di Malaysia, mereka bukan sahaja diberikan perlindungan atas tiket pelarian, malah boleh mendapat rawatan di hospital, pendidikan dan bantuan lain menerusi badan bukan kerajaan (NGO) atas dasar kemanusiaan.

Komuniti Rohingya di Malaysia juga dilihat bebas bekerja dan mempunyai struktur yang tersusun termasuk ketua komuniti.

Berdasarkan data Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR), setakat Januari 2021, terdapat 178,701 pelarian dan pemohon suaka berdaftar dan sebahagian besarnya adalah Rohingya.

Penulis percaya jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi termasuk mereka yang menggunakan kad UNHCR palsu yang dibekalkan dengan bayaran tertentu.

Saban tahun, komuniti mereka makin bertambah di Malaysia. Satu demi satu masalah mula dibangkitkan antaranya masalah kebersihan, sosial dan jenayah.

Pendedahan demi pendedahan dibuat rakyat Malaysia mengenai etnik itu yang dianggap seperti sudah naik tocang. Mereka bukan lagi sosok yang berlindung di negara ini sebagai pelarian, sebaliknya terdapat segelintir warga asing tersebut yang sudah berani membuat onar.

Di sesetengah kawasan, ada dalam kalangan mereka yang sudah menguasai sektor perniagaan terutama bagi yang tinggal di kawasan bandar.

Selain itu, ada yang bebas memandu kenderaan tanpa lesen dan terbabit jenayah. Walaupun ia dikaitkan dengan sikap individu, namun situasi tersebut sudah mula menggusarkan hati rakyat Malaysia. Ibarat kaduk naik junjung.

Pada 29 Mei lalu, satu petisyen Remove Rohingya from Malaysia dilancarkan di laman web Change.org sehingga meraih hampir 500,000 tandatangan.

Walau bagaimanapun semakan penulis kelmarin mendapati petisyen tersebut telah disekat buat sementara waktu bagi tujuan penelitian dan sudah tidak dapat diakses.

Petisyen itu bertujuan menuntut pihak berkuasa mencari penyelesaian alternatif bagi menangani kebanjiran pelarian Rohingya.

Masalah berkaitan lambakan pelarian Rohingya di negara ini bukan isu bermusim. Ia memerlukan penyelesaian yang tuntas daripada semua pihak termasuk kerajaan untuk jangka masa panjang. Pihak berkuasa juga perlu siasat sekiranya wujud sindiket tertentu yang mengaut untung dengan membawa masuk pelarian ke negara ini.

Bukan semua rakyat Malaysia membenci pelarian, namun ia perlu diuruskan secara baik. Satu lagi persoalan, sampai bila negara kita akan menjadi transit kepada Rohingya?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN