fbpx
Kamarudin (dua dari kiri) merasmikan Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

Selagi tiada keputusan, saya terus bekerja – Exco Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md. Nor menyerahkan kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri kepada Menteri Besar, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud selepas Pas memutuskan kerjasama politik dengan parti itu.

Kamarudin yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan berkata, beliau ketika ini masih meneruskan tugas dalam kerajaan negeri seperti biasa.

“Selagi tiada sebarang keputusan, saya terus bekerja. Setakat ini, saya belum menerima sebarang makluman daripada Menteri Besar atau pucuk pimpinan Bersatu berhubung status saya sebagai Exco di Kelantan.

“Pelantikan jawatan Exco dibuat atas pilihan Menteri Besar sebelum mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. Jadi saya serah kepada Menteri Besar untuk menentukan kedudukan saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Festival Kesenian Rakyat Kelantan di Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN