fbpx
RAKAMAN CCTV 7 Oktober 2025 yang menunjukkan seekor beruang berjalan di sebuah pasar raya di Numana, wilayah Gunma, Jepun. - AFP

Sekolah tutup 3 hari ancaman beruang lapar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Hampir 100 buah sekolah di sebuah bandar di Jepun ditutup selepas seekor beruang dilihat berkeliaran di jalanan selama tiga hari, lapor laman berita Gulf News.

Pihak berkuasa mengerahkan berpuluh-puluh pemburu dan untuk mengesan haiwan liar tersebut. 

Pihak berkuasa bandar Utsunomiya  yang terletak di utara Tokyo bertindak menutup semua 94  sekolah rendah dan menengah rendah awam di kawasan  itu bermula semalam selepas menerima lebih 10 laporan mengenai kelibat beruang tersebut sejak Sabtu lalu termasuk di sebuah arked beli-belah. 

“Kami telah menghantar kenderaan ke kawasan di mana beruang itu dikesan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dan menggesa mereka kekal di dalam rumah atau kenderaan,” kata seorang pegawai majlis perbandaran kepada AFP, sambil menambah, berpuluh-puluh pemburu, polis dan pegawai tempatan sedang giat mencari binatang buas itu. 

Menurutnya, pihak berkuasa masih belum pasti sama ada terdapat hanya seekor beruang atau lebih. 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jepun menyaksikan peningkatan dalam bilangan penampakan dan serangan beruang, terutamanya di kawasan bandar. 

Berdasarkan rekod, seramai 13 orang maut akibat serangan beruang di Jepun pada tahun lalu, dan berlaku peningkatan dalam pertembungan dengan manusia ketika beruang keluar daripada hibernasi dalam keadaan lapar. 

Menurut data rasmi, bilangan penampakan beruang di seluruh Jepun mencecah lebih 50,000 kes bagi tempoh setahun sehingga Mac lalu. Angka tu meningkat lebih dua kali ganda berbanding rekod tertinggi sebelum ini yang dicatatkan dua tahun lalu. Beruang yang sedang diburu itu pertama kali dikesan pada pagi Sabtu di utara pusat bandar, dan digambarkan berukuran sekitar satu meter  panjang.

Beberapa siri penampakan menyusul selepas itu, termasuk di kawasan perumahan pada hari tersebut, di sebuah arked beli-belah keesokan harinya diikuti sebuah taman, sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah.

Penduduk sekali lagi mengesan kelibat beruang berhampiran sebuah pasar borong semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN