GEORGE TOWN – Trend pemilik kereta atau motosikal yang menukar ‘cover’ lampu kenderaan menjadi warna putih sepenuhnya atau lebih popular disebut lampu ‘albino’ dikhuatiri boleh mengundang risiko kemalangan atau kecelakaan jalan raya. Situasi itu telah membuat ramai pemandu di belakang ‘naik angin’ terutama ketika melalui jalan gelap atau laluan berbengkang-bengkok pada waktu malam kerana menyebabkan penglihatan mereka menjadi silau. Silau daripada lampu tersebut boleh menyebabkan pemandu yang berada di belakang akan hilang fokus dan tidak mempu melihat dengan jelas dan…














