PETALING JAYA – Stesen Meteorologi Kapit dan Stesen Meteorologi Kuala Krai merekodkan suhu maksimum tertinggi negara semalam apabila masing-masing mencatatkan bacaan 35.5 darjah Celsius sehingga semalam.
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Sibu pula merekodkan suhu maksimum ketiga tertinggi dengan bacaan 35.4 darjah Celsius.
“Bagi suhu maksimum terendah, Stesen Meteorologi Cameron Highlands mencatatkan bacaan 23.9 darjah Celsius,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Stesen Meteorologi KLIA merekodkan taburan hujan tertinggi sebanyak 41.0 milimeter (mm).
“Ia diikuti Stesen Meteorologi Lapangan Terbang Melaka dengan 23.0mm dan Stesen Meteorologi Kota Bharu sebanyak 14.8mm,” katanya.
MetMalaysia turut menggesa orang ramai supaya cakna terhadap perubahan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan merujuk laman sesawang serta media sosial rasmi jabatan itu. – KOSMO! ONLINE














