ALOR SETAR – Khidmat penyiasat persendirian (PI) meningkat 50 peratus terutama daripada golongan wanita yang mahu menyemak latar belakang pasangan termasuk status sebelum mendirikan rumah tangga. Kebanyakan mereka adalah golongan profesional, usahawan, pekerja swasta dan individu yang pernah melalui pengalaman hubungan bermasalah. Dengan caj serendah RM500, seseorang wanita itu dapat mengetahui mengenai status pasangan, keluarga, pekerjaan, tahap kewangan, rekod jenayah, gaya hidup dan tingkah laku sosial. Namun upah itu boleh mencecah belasan ribu ringgit bergantung skop tugasan. Mendedahkan perkara itu,……














