fbpx
Gambar hiasan.

PRN: Pas Negeri Sembilan tunggu isyarat pusat kerjasama UMNO, Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Pas Negeri Sembilan kini menunggu ‘isyarat’ daripada kepimpinan pusat berhubung kemungkinan kerjasama politik melibatkan Pas dan UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pesuruhjayanya, Mohd Fairuz Mohd Isa, berkata setakat ini tiada sebarang keputusan rasmi mahupun perbincangan yang dimaklumkan kepada pihaknya berhubung perkara tersebut.

Menurut beliau, pertemuan atau perbincangan pimpinan parti berkenaan seperti yang dilaporkan media sebelum ini adalah di luar pengetahuan mereka di peringkat negeri.

“Setakat ini tidak ada apa-apa keputusan dan tidak ada perbincangan rasmi mengenai hubungan Pas dengan Barisan Nasional (BN). Pertemuan yang diperkatakan itu saya sendiri tidak tahu.

“Mungkin perkara itu akan dimaklumkan dalam mesyuarat pada Isnin nanti. Apa yang disebutkan oleh tokoh tertentu itu mungkin pandangan atau komen peribadi tanpa pengetahuan kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Ujar Mohd Fairuz lagi, Pas Negeri Sembilan tidak akan membuat sebarang keputusan secara bersendirian dan akan sentiasa berpandukan arahan serta ketetapan daripada kepimpinan pusat.

“Seperti sebelum ini, kita akan rujuk kepada pusat. Secara rasmi memang belum ada apa-apa keputusan. Apabila ada petunjuk atau isyarat daripada pusat, barulah proses seterusnya akan bermula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN