fbpx
Tangkap layar video tular seorang individu mencuri pakaian yang dijemur di Taman Cheras Indah, semalam.

[VIDEO] Pencuri berjubah gelap kebas pakaian dijemur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Tindakan seorang individu dipercayai mencuri pakaian yang dijemur di sebuah rumah di Taman Cheras Indah, di sini berjaya dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum video kejadian itu tular di media sosial, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan video berkenaan kira-kira pukul 5 petang semalam, yang memaparkan seorang individu memanjat pagar tembok sebuah rumah teres sebelum memasuki kawasan halaman kediaman tersebut.

Beliau berkata, laporan diterima daripada seorang wanita berusia lingkungan 30-an pada hari sama selepas mendapati pakaian yang dijemur di luar rumahnya hilang.

“Pengadu memaklumkan menyedari kehilangan pakaian tersebut kira-kira pukul 10 pagi sebelum membuat semakan rakaman CCTV di kediamannya.

“Ada seorang individu berpakaian jubah gelap telah memanjat pagar dan memasuki kawasan rumah sebelum mengambil pakaian yang dijemur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Khairul Anuar berkata, pemeriksaan lanjut mendapati hanya pakaian jemuran milik pengadu yang dilaporkan hilang dan tiada kehilangan barang berharga lain di rumah tersebut.

Tambah beliau, suspek yang terlibat masih belum dikenal pasti dan usaha mengesan individu berkenaan sedang giat dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN