fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

Kanak-kanak empat tahun lemas dalam kolam resort

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Percutian sebuah keluarga dari Johor ke daerah ini berakhir dengan tragedi apabila kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan lemas di dalam kolam sebuah resort di Jalan Pantai, Batu 4, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd Ruslan Mat Kib berkata, pihaknya menerima laporan daripada Hospital Port Dickson memaklumkan terdapat kes mangsa lemas pada pukul 7.26 malam dan siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar 5.30 petang sewaktu mangsa bersama tiga adik beradik lain pergi ke kolam tersebut untuk mandi sambil ditemani ibu mereka.

“Mangsa datang ke Port Dickson dari Johor bersama keluarganya dan menginap selama dua hari satu malam di resort tersebut. Mangsa disedari terjatuh ke dalam kolam oleh abangnya sebelum diselamatkan orang awam dan dibawa ke hospital. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 10.31 malam,” katanya hari ini.

Menurut Mohd Ruslan, bedah siasat yang dijalankan pagi tadi mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan lemas dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN