fbpx
Gambar hiasan.

Lelaki kena kecam ‘kaum’ sendiri bangkitkan isu 50/50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hajat seorang lelaki mendapatkan ‘sokongan’ daripada kaum sendiri terbantut apabila mendapat kecaman hebat susulan isu pembahagian perbelanjaan secara sama rata bersama pasangan (50/50).

Individu berkenaan terpaksa berdepan dengan kemarahan orang ramai apabila cuba mengaitkan tahap IQ (darjah kecerdasan otak) seseorang wanita dengan penerimaan mereka terhadap isu berkenaan.

“Lelaki kepada lelaki: Nak kesan perempuan yang IQ rendah atau ‘pokai’, cuba sebut 50/50. Kau akan dapat jawapan. Buktikan aku salah,” katanya di media sosial.

Kenyataan ‘berani’ lelaki itu bukan sahaja meraih perhatian para wanita sahaja, malah kaum lelaki juga turut meninggalkan komen tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

“Aku lelaki, tapi kenyataan kau bodoh bang. Islam dah cakap kita provider (penyara) kau terima je la. Kau cacat ke tak boleh nak sara? Memalukan betul lelaki Melayu Islam zaman sekarang,” ujar seorang pengguna.

“Kena kecam balik dengan kaum sendiri, kasihannya…,” komen pengguna lain.

“Kalau nak tau IQ laki tu tu rendah, tengok je kenyataan nak 50/50 dan dia nak kena layan macam raja sebab dia lelaki dan ketua keluarga. Mana ada raja dengan gaji asas RM1,700,” celah netizen lagi. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN