fbpx
UNITED sudah perlu meletakkan matlamat dan fokus untuk memburu kejuaraan EPL selepas mengharungi pengingkatan prestasi musim lalu. - AFP

EPL: United perlu sasar kejuaraan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Manchester United perlu memastikan mereka menjadi topik perbincangan dalam perebutan trofi utama pada musim penuh pertama di bawah kendalian Michael Carrick musim depan.

Sepanjang tempoh sebagai pengurus sementara United, Carrick telah memenangi 13 daripada 19 perlawanan Liga Perdana Inggeris yang dikendalikannya (68%), seri empat kali dan tewas dua kali.

Kadar kemenangan 68% itu merupakan yang tertinggi dalam sejarah pengurus Manchester United di era Liga Perdana Inggeris, mengatasi Alex Ferguson yang hanya mencatatkan 65% sepanjang 810 perlawanan dengan 528 kemenangan.

United kini sudah 13 tahun tidak memenangi kejuaraan liga sejak persaraan Ferguson, malah, satu-satunya trofi yang dimenangi kelab dalam tempoh sembilan tahun terakhir diperoleh di bawah Erik Ten Hag iaitu Piala Liga Inggeris pada 2023 dan Piala FA (2024).

Bekas pemain United, Wes Brown mengakui bahawa United sudah tidak boleh menjadi pasukan di kelompok 10 terbaik sahaja, sebaliknya mereka sudah perlu mula mencabar kejuaraan.

“Saya fikir mereka memang perlu melakukannya, berdasarkan bagaimana mereka menamatkan musim dan bagaimana kedudukan terakhir mereka di EPL musim ini.

“Pada awal musim, saya sebenarnya sudah cukup gembira jika kami berjaya layak ke Liga Juara-Juara, melihat kepada prestasi beberapa tahun kebelakangan ini.

“Mereka menamatkan musim di tempat ketiga, jadi saya mula berfikir, ‘Mengapa mereka tidak boleh mencabar kejuaraan?’ Jika mereka mendapatkan beberapa pemain baharu, saya rasa pasukan ini boleh terus berkembang.

“Jika kami dapat mengekalkan mentaliti yang sama dan memberi masa kepada pemain baharu untuk menyesuaikan diri, saya percaya pasukan ini boleh menjadi lebih baik. Itulah standard yang perlu dicapai,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN