fbpx
Darusalam (dua dari kiri) didakwa tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki di Mahkamah Sesyen Setiu hari ini.

Guru hadapi tujuh pertuduhan ‘sentuh’ dua pelajar lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIU – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Besut didakwa atas tujuh pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelaki pada bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Darusalam Ab. Rahman, 42, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan lima pertuduhan, Darusalam didakwa melakukan amang seksual kepada seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di beberapa lokasi di daerah Besut dan Kuala Terengganu antara 5 Mei hingga 11 Mei lalu.

Dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 manakala tiga lagi di bawah Seksyen 12(1) akta sama.

Dia juga didakwa dua pertuduhan melakukan perbuatan jenayah sama terhadap seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di sebuah tandas sebuah sekolah menengah di Besut.

Darusalam didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (b) akta sama.

Kosmo! Online 26 Mei lalu melaporkan seorang guru ditahan di rumah keluarganya di Besut bagi membantu siasatan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya.

Sebelum ini, tular di media sosial dakwaan seorang guru di daerah ini terlibat dalam aktiviti tidak bermoral selepas beberapa pendedahan dibuat oleh seorang pempengaruh di laman Facebook.

Situasi itu menyebabkan netizen menggesa Kementerian Pendidikan serta pihak berwajib untuk segera menjalankan siasatan secara tulus kerana ia melibatkan keselamatan pelajar sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN