fbpx
Gambar hiasan.

32 warga asing ditahan, tiga sindiket penipuan antarabangsa tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seramai 32 warga asing ditahan selepas polis berjaya menumpaskan tiga sindiket penipuan antarabangsa yang beroperasi di sekitar Bukit Mertajam menerusi tiga serbuan berasingan, Ahad lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Pulau Pinang itu berjaya melumpuhkan sindiket love scam, penipuan pertukaran mata wang kripto (USDT) dan phone scam yang menyasarkan mangsa dari beberapa negara termasuk Malaysia, Taiwan, China dan Jepun.

Katanya, kesemua yang ditahan terdiri daripada warga China, Taiwan, Vietnam dan Jepun berusia antara 20 hingga 49 tahun.

“Serbuan pertama di Taman Pinggiran Bukit Minyak, berjaya menumpaskan sindiket love scam dipercayai beroperasi sejak Januari lalu dengan menyasarkan mangsa dari Malaysia, China dan Taiwan menggunakan skrip penipuan yang telah disediakan,” katanya di sini, hari ini.

Beliau menambah, menerusi serbuan kedua, polis telah membongkar sindiket penipuan pertukaran mata wang kripto USDT yang menyasarkan mangsa dari Taiwan dan mula beroperasi sekitar April lalu.

Dalam serbuan ketiga, katanya seramai tujuh lagi warga asing diberkas selepas dipercayai terlibat dengan sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis Jepun bagi memperdaya mangsa dari Jepun dan Taiwan.

“Keseluruhan nilai rampasan bagi ketiga-tiga operasi tersebut dianggarkan RM123,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN