fbpx
Pasukan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap dekat Temerloh, pagi tadi.

Lelaki dikhuatiri lemas cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEMERLOH – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai hanyut ketika cuba berenang menyeberangi Sungai Pahang berhampiran Kampung Peragap di sini pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Samsul Azmi Ishury, 41.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7.30 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh digerakkan ke lokasi.

Tambahnya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera serta sebuah bot aluminium dikerahkan ke tempat kejadian.

“Berdasarkan maklumat awal saksi, mangsa dipercayai berenang untuk menyeberangi sungai sebelum dihanyutkan arus dan dikhuatiri lemas,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Bukit Angin turut digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Operasi pencarian masih dijalankan dan setakat ini mangsa belum ditemukan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN