fbpx
Keadaan Jeti Pulau Pangkor sesak semalam dengan kehadiran pengunjung menunggu perkhidmatan feri untuk pulang ke daratan.

[VIDEO] Jeti Pangkor sesak, ‘berkicap’ tunggu feri nak balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuti persekolahan ketika ini turut menyaksikan Pulau Pangkor, Perak ‘diserbu’ orang ramai sejak Sabtu lalu.

Menerusi video dikongsikan TikTok Motorsewapulaupangkor, menunjukkan keadaan Jeti Pulau Pangkor sesak semalam dengan pengunjung menunggu perkhidmatan feri untuk pulang ke daratan.

Dalam video tersebut, kelihatan kerusi disediakan di jeti itu penuh, manakala ramai memilih untuk duduk di atas lantas sementara menunggu ketibaan feri.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna TikTok selain ada berkongsi pengalaman sama berkunjung ke Pulau Pangkor semasa cuti ketika ini.

“Saya ada kat situ Sabtu hari tu. Naik feri 3.45 petang, ramai betul masuk Pangkor hari tu. Nasib saya masuk Khamis,” komen pengguna TikTok Ain.

“Pelancong wajib beli tiket pegi balik kecuali orang Pangkor nak beli tiket sehala kena tunjuk bukti. Jadi andai kata terlepas feri nak balik, tak pasti masih ada tiket ke tak sebab pelancong sangat ramai cuti ni. Pengumuman banyak kali elak penumpang terlepas feri. Tapi kalau sanggup labur naik bot laju tu lain cerita,” komen Tina Mawar.

“Berkicap (berpeluh) tunggu tadi. Tak sia-sia muka masuk video,” komen Fathzjs berkongsi pengalamannya di jeti Pangkor semalam.

“Tengah hari semalam nak balik, ramai orang kat jeti. Kami sampai jeti terus ke feri, rehat dalam feri sementara tunggu penumpang lain,” kata Faris.

“Team 30 Mei sila hadir sini, macam sardin oi jeti,” kata Mie Romeo. – KOSMO! ONLINE

@motorsewapulaupangkor Selamat pulang terima kasih ! #jettypangkor #jetipangkor #pulaupangkor #perak ♬ original sound – Brets

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN