PROSES penyediaan makanan dalam jumlah yang banyak dengan mengikut keperluan nutrisi pesakit biasanya mengambil masa lama. Menyedari masalah itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Project Open Hand menggunakan teknologi robotik yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan ribuan hidangan disediakan secara konsisten. Inisiatif berkenaan dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi, selain mengurangkan beban tenaga kerja manusia. Penggunaan robot automasi itu juga telah mempercepatkan proses penyediaan makanan kepada golongan gelandangan dan pekerja berpendapatan rendah di sekitar Tenderloin, San Francisco, Amerika Syarikat.……














