fbpx
Seramai 13 PATI warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak yang ditahan ketika bersembunyi di dalam ladang kelapa sawit di Kampung Wakaf Zin, Ayer Lanas dekat Jeli, semalam. Foto IHSAN PGA

Impian cari kerja di KL ‘berkubur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Hasrat 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang membawa dua kanak-kanak untuk bekerja sebagai pekerja am dan kilang di ibu negara tidak kesampaian apabila mereka ditahan ketika bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Wakaf Zin, Ayer Lanas di sini semalam.

Kesemua PATI yang terdiri daripada tiga lelaki, lapan wanita dan dua kanak-kanak berusia dalam lingkungan tiga hingga 35 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.10 malam selepas menyeberangi Sungai Golok.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, anggota PGA menerima maklumat berkaitan penyeludupan PATI sebelum menjalankan serbuan di kawasan tersebut.

Katanya, kesemua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah untuk masuk ke negara ini ketika pemeriksaan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati, kesemua warga Myanmar itu memasuki negara ini melalui pangkalan haram di sekitar kawasan Wakaf Zin, Ayer Lanas di sini dengan menaiki bot.

“Mereka dipercayai menggunakan khidmat seorang ejen warga Myanmar yang dikenali sebagai ‘Turwia’ dengan bayaran RM3,500 bagi setiap individu untuk membawa mereka masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua PATI juga mengaku mahu ke Lembah Klang untuk bekerja sebagai pekerja am dan sektor perkilangan.

Katanya, 11 PATI dan dua kanak-kanak itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN