PORT DICKSON – Kelibat seekor buaya bersaiz besar dilihat menghampiri tebing muara Sungai Linggi serta bot penduduk di Kampung Tanjung Agas, di sini, sehari selepas seorang pencari udang diserang reptilia itu pada Isnin minggu lalu. Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri dan pihaknya telah membuat pemantauan dari semasa ke semasa pada waktu malam. “Buat masa ini tindakan kita adalah memantau keadaan dan kita mendapati terdapat sekurang-kurangnya lapan buaya……














